Penyokong Anwar Pijak Dan Bakar Baju Gambar Saiful Bukhari


PUTRAJAYA:  Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak liar apabila memijak dan membakar baju yang tertera gambar bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan yang merupakan mangsa liwat Anwar.
Tindakan mereka menimbulkan suasana huru-hara namun semuanya kembali terkawal dengan bantuan pasukan keselamatan yang dikerahkan bertugas di situ.
Selain anggota polis, pasukan keselamatan yang terlibat sama adalah dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, FRU dan Perbadanan Putrajaya.
Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Saiful Bukhari berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman bagi menzahirkan sokongan mereka terhadap Saiful.
Mereka berkumpul secara aman dengan mengenakan pakaian berwarna kuning dan merah yang bercetak gambar Saiful serta kata-kata sokongan terhadapnya.
Prosiding rayuan kes liwat Anwar berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok. -

Jet Peribadi Dengan Jalur Gemilang Di Israel



Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.
Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.
Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.
Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
JetIsrael_2
JetIsrael_3
Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.
Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.
JetIsrael_4
Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.
Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010. – MYNEWSHUB.CC

Guru Agama Perkosa Anak, Upah Handphone Tutup Mulut

100 Berpesta Seks


Sebuah kondominium dua bilik yang hanya seluas 97 meter persegi di Sentul, malam kelmarin padat bagaikan ‘tin sardin’ berikutan kehadiran hampir 100 individu iaitu 78 lelaki dan 18 wanita termasuk remaja perempuan berusia semuda 16 tahun bersesak dipercayai berpesta seks dan dadah.

Ketika diserbu jam 5 pagi semalam, polis mendapati segenap ruang dalam kondominum itu dipenuhi peserta pesta berkenaan termasuk ruang tamu, dapur dan bilik air yang dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah dengan ramai antaranya terbaring di lantai.

Malah ada remaja perempuan dan lelaki yang menyertai pesta itu didapati dalam keadaan bogel, dipercayai selepas melakukan hubungan seks.



Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dipercayai dibaham seekor ular sawa di kampung Tualang, Perak yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

Tetapi, kesahihan gambar berkenaan masih dalam keadaan samar-samar.


Popular Posts

ping blog

web stats