Pelacur Lari Lintang-Pukang

pelacur 


KUALA LUMPUR: Gara-gara takut ditahan pihak berkuasa, sekumpulan pelacur warga China bertindak lari lintang-pukang sehingga sanggup membahayakan diri di Jalan Gelang di sini, Rabu malam.

Kumpulan pelacur tersebut merupakan antara wanita yang memperagakan diri dengan tarian ghairah di pentas sebuah medan selera untuk mendapatkan pelanggan.

Bagaimanapun ketika sedang memikat pelanggan, pelacur berkenaan dikejutkan dengan serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 12 tengah malam.

Serbuan tersebut diketuai oleh Deputi Supritendan, Shahrulnizam Jaafar bersama dua pegawai dan 25 anggota.

Hasil tindakan pantas polis, seramai 35 wanita warga asing yang menawarkan diri untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu berjaya ditahan.
Daripada jumlah itu, seramai 24 wanita merupakan warga China manakala 11 lagi rakyat Vietnam.
Turut ditahan seorang lelaki yang dipercayai pengurus medan selera berkenaan.
Pemeriksaan lanjut di sebuah bangunan yang dijadikan bilik tumpangan wanita-wanita terbabit menemui sejumlah kondom dan pelbagai peralatan seks.
Kesemua 35 wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

mati selepas jalani pembedahan pembesaran payudara

pembedahan besar payudara 


Klik sini baca kisahsedih Jane Lim Mei Jiuan yg meninggal akibat komplikasi pembedahan payudara yg dirahsiakan dari suaminya sendiri spt dilaporkan di Akhbar The Star Online


PETALING JAYA: Untuk sebarang jenis pembedahan, terdapat risiko yang perlu ditanggung tetapi dalam prosedur kosmetik, beban itu ditanggung oleh mereka yang memilih untuk menjalani pembedahan itu sendiri.
Jane Lim Mei Jiuan

Seseorang yang tidak layak melakukan pembedahan kosmetik atau prosedur bukan pembedahan tidak boleh menghadapi tuduhan jenayah walaupun pelanggan mereka meninggal dunia atau cacat hasil daripada ‘pekerjaan’ mereka.
Sehingga kini, tiada sebarang undang-undang yang dapat mencegah kes-kes seperti ini daripada berlaku atau untuk membawa mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan, walaupun Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah Akta Kemudahan Penjagaan Kesihatan Swasta dan Akta Perkhidmatan (PHFSA) 1998 dan juga Akta Perubatan 1971 jika didapati doktor terlibat.
Timbalan Presiden Fomca Muhammad Sha’ani Abdullah berkata risiko seperti itu mesti dihentikan, sambil menambah orang-orang yang tidak berkelayakan menjalankan prosedur itu perlu menghadapi tuduhan jenayah.
“Bagaimana seseorang tanpa latar belakang perubatan boleh mengambil pisau bedah dan membedah orang lain?” katanya.
Muhammad Sha’ani berkata tindakan yang tegas juga perlu diambil terhadap doktor yang melakukan prosedur tanpa mendapat latihan dalam bidang ini.
Beliau berkata kematian Jane Lim Mei Jiuan, 46, Sabtu lalu seharusnya membuka mata pihak berkuasa untuk bertindak.
Lim, ibu kepada dua anak yang menjalani pembedahan pembesaran payudara di klinik kecantikan di sini, dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi semasa pembedahan.
Muhammad Sha’ani berkata Kementerian Kesihatan baru-baru ini telah mengeluarkan garis panduan mengenai perubatan estetik yang perlu dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Menyedari kewujudan iklan mengelirukan, pemasaran yang tidak sesuai dan amalan yang tidak selamat, beliau berkata kementerian juga mesti mengawal promosi rawatan kosmetik.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna Standard Malaysia Ratna Devi Nadarajan menggesa langkah-langkah punitif terhadap pesalah dimasukkan ke dalam Rang Undang-undang yang mengawal pengusaha salon kecantikan.
Tugas persatuan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan standard untuk keselamatan pengguna dan kemampanan industri.

Ratna berkata kementerian perlu mengekalkan senarai nama pengamal yang disenaraihitamkan di laman web, sambil menekankan bahawa mana-mana undang-undang yang dikuatkuasakan mesti mempunyai langkah pentadbiran yang menggalakkan pematuhan. Pengarah Medical Defence Malaysia Berhad Dr Milton Lum berkata, tidak terdapat pihak berkuasa untuk menyelia pengusaha salon kecantikan.
“Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu tampil dengan beberapa langkah untuk menyelia pusat-pusat ini. Jika tidak ada peraturan, pusat-pusat kecantikan ini akan melakukan apa sahaja yang mereka suka,” katanya.
Beliau berkata rakyat juga perlu lebih berilmu dalam memilih pusat kecantikan untuk mendapatkan rawatan tersebut.
Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia Dr Chin Shih Choon, menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih doktor untuk prosedur kosmetik.
Dr Chin berkata, beliau telah menerima kira-kira dua atau tiga pesakit dengan komplikasi akibat prosedur kosmetik tidak bertauliah setiap bulan.

Beach Boy ‘Ratah’ Pelancong Eropah

Budak pantai buat maksiat,diajak masuk bilik pelancong
PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.

Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.
Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

“Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik.

“Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. “Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba,” katanya.
Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.

“Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing,” katanya.
Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.

“Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.
“Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang,” katanya.

Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.
“Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.

“Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).

“Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai,” katanya.
Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

“Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. “Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan,” katanya.

2 Model 'bogel' Di Ipoh Mengaku Bersalah

Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah

  
Dua orang model mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.

Laporan Berita Harian menyebut, tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21. Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.

Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, laporan Sinar Harian pula menyebut pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama.

Ragging Bogel Pelajar Wanita Di UPM

Gambar hiasan.


DIlaporkan, 7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.

Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas. 7 pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.

Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik. Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar,  akan diapa-apakan. Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya.

Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu. 

Warga emas terkejut aksinya bersama wanita Vietnam dirakam.

Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam. 
Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam. 
TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.
"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.
"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan  Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya.




BUDAK BAWAH UMUR RELA DIROGOL BAPA KANDUNG


Seorang mangsa rogol bawah umur memberitahu mahkamah, dia melakukan hubungan seks dengan bapa kandungnya dengan rela hati dan bukan dipaksa.


Mangsa yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah Sesyen semalam, dia tidak mengetahui lelaki berusia 54 tahun dikenali sebagai ‘Mat Kedah’ itu ialah bapa kandungnya ketika melakukan perbuatan itu di atas tilam di dalam bilik tidurnya yang turut dihuni ibu kandungnya. 

Hasil hubungan itu, mangsa yang kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Rembau, Negeri Sembilan selama tiga tahun melahirkan seorang bayi perempuan yang kini berusia setahun tujuh bulan selepas disahkan mengandung pada Ogos 2010. 

Pengakuan itu dibuat ketika keterangan impak mangsa (VIS) di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan terhadap bapa kandungnya itu yang mengaku salah merogol gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Muhibbah di sini, jam 1 pagi, pada penghujung Julai 2010.

Mangsa mengakui kesan kejadian itu menyebabkan dia berasa malu kerana penghuni lain di rumah perlindungan mengetahui dia mengandung anak luar nikah.

Ibu reda

Ketika ditanya Emelia apa tindakan ibunya apabila mengetahui dia mengandung hasil perbuatannya dengan tertuduh, mangsa memberitahu ibunya tidak berkata apa-apa dengan alasan perkara itu sudah terjadi. 

“Saya melakukan perbuatan itu bukan sebab paksaan dia (tertuduh) tetapi dengan rela hati,” katanya.

Emelia sempat menasihatkan mangsa supaya menjaga anaknya dengan baik dan mengingatkan wanita itu supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan serta mencari rezeki halal untuk membesarkan anak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selama tiga tahun.

Sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang kelihatan sugul sepanjang prosiding kes, Emelia menempelak lelaki yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk rogol dan dadah.

Tertuduh memberitahu mahkamah dia tidak tahu mangsa adalah anak kandungnya malah pada awal prosiding kes memberitahu hubungan dengan mangsa atas dasar kawan.

Mengikut fakta kes, pengadu adalah bapa angkat mangsa bertindak membuat aduan polis selepas mendapati anak angkatnya itu mengandung enam bulan hasil perbuatan tertuduh kerana bimbang anak dikandungnya itu akan dijual dan mangsa dijadikan pelacur.

Pada sekitar Julai 2010, mangsa memanggil tertuduh dan ibu untuk tidur di atas tilam di dalam bilik tidurnya sebelum lelaki itu merogolnya pada jam 1 pagi tetapi dia hanya bertindak mendiamkan diri

GADIS 16 TAHUN JADI PEMUAS NAFSU GURU !!!


Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di sebuah bilik rumahnya, di Sungai Besar, di sini, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berusia 34 tahun itu menghantar mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah ke sebuah klinik kesihatan.

Menurutnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu menaiki kereta suspek ke klinik itu untuk menghantar sample kahak kerana dipercayai menghidap penyakit tibi.

“Suspek memberhentikan kereta di hadapan klinik kesihatan itu dan mangsa turun kereta untuk menghantar sample kahak tersebut ke makmal klinik terbabit.

“Setelah selesai menghantar sample, mangsa terus kembali ke kereta gurunya itu dan kemudian suspek sempat bertanya kepada mangsa hendak ke mana, sebelum terus memandu kereta menuju ke rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik mangsa tiba di rumah, suspek terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik belakang rumahnya sebelum memaksa mangsa yang berdiri di hujung katil berdekatan pintu duduk di atas katil.



“Suspek cuba memancing mangsa dengan memaksa mangsa menonton video lucah sebelum bertindak merogolnya. Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mampu berdiam diri dan merelakan perbuatan gurunya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah keesokannya itu mengadu perbuatan suspek kepada guru kaunseling sebelum pihak sekolah menghubungi penjaga mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah berjaya menahan guru itu di hadapan sekolahnya kira-kira jam 3.40 petang kelmarin.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Adakah Anda Gemuk? Cuba Bandingkan



Wanita ini bernama Donna Simpson, lahir pada tahun 1967. Donna adalah warga Amerika yang pada tahun 2008 menyatakan keinginan untuk menjadi salah satu wanita terberat di dunia. Saat itu, berat Donna 290 kg dan targetnya adalah menaikkan berat badan hingga 450 kg. Wow.. bayangkan target tersebut.
Sayangnya, pada Jun 2010, berat Donna  turun menjadi 273 kg. Selama proses menaikkan berat hingga mencapai target, Donna selalu memberi kabar melalui websitenya. Usaha Donna tidak sia-sia, Guinness World Records mencatatnya sebagai wanita terberat yang pernah melahirkan.
Setelah menjadi ibu, para Agustus 2011, Donna memutuskan untuk menurunkan berat badannya dengan diet hingga 170 kg. Donna ingin lebih mandiri dan melakukan pekerjaan dengan lebih baik. Dia juga merasa bahwa berat yang turun bisa memudahkannya membesarkan anak-anak.

L awak Orang Bodoh & Orang Pandai



Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)

Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)

Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh 
= company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu

Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik!!!!

Orang bodoh 
= beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang

Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip ... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat 2 kat office pas tu bangga ngan baunya

Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya ... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu? ... sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai

Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu ... jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!

Orang pandai = saper yang forward cerita ni ... hà ¡hà ¡hà ¡... aku la tu ...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Lawak Suami Isteri - Kantoi Suami Curang



Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?


* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.


* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.


* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?


* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?


* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.


* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?


* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.


* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?


* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.


* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?


* Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak & adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.


* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya ?


* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil daripada awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal ...


* Isteri : ????!!!!!


* Suami : ( Dalam hati ) Alamak kantoiii !!

Janda Berahi


Janda Berahi Projek Lagi - KUANTAN : Biarpun sebelum ini sudah tiga kali ditahan kerana berkhalwat, seorang janda berusia 30-an, sJanda berahieolah-olah tidak serik melakukan perbuatan terkutuk itu apabila dia ditahan buat kali keempat dalam serbuan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Lorong Bukit Setongkol Perdana 38, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangannya yang berstatus suami orang sedang tidur bersama anak perempuannya dalam bilik, kononnya mahu mengaburi mata Pegawai Penguat Kuasa Jaip.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaip, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, wanita berkenaan memberi alasan pasangannya itu datang ke rumah sekadar menemaninya dan bukan untuk melakukan hubungan seks.

“Kami menerima aduan teman serumahnya sendiri yang baru menyedari kehadiran lelaki berkenaan. Menurut saksi, dia memang sedia maklum rakannya itu berkawan dengan lelaki berkenaan, tetapi tidak menyangka dia bertindak sebegitu nekad.
“Curiga dengan tindakan rakannya itu, saksi berkenaan menghubungi Jaip bagi melakukan serbuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Datuk Gersang Dicekup Bersama Janda

Datuk Gersang Dicekup Bersama Janda
Datuk Gersang Dicekup Bersama Janda - Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, awal pagi semalam.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.
Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.
Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.

“Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok,” katanya.
Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan

FOTO SAYU KELUARGA MANGSA NAHAS PESAWAT MAS MH17

Tidak kira siapa, bukan sahaja ahli keluarga, kita yang tiada hubungan kekeluargaan pun merasa akan kesedihan mereka. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya mampu kita sumbangkan hanyalah doa dan berharap mereka tabah menempuhi dugaan ini setelah kehilangan insan yang mereka sayangi.
Disini ammboi sempat petik beberapa sumber akan foto detik sayu ahli keluarga mangsa nahas MH17 setelah tiba menerusi penerbangan pesawat khas pagi tadi.
SAYU… Abderrahman Ahmad Hakimi Hanapi, 9 bulan, anak lelaki kepada pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, didukung oleh rakan sekerja dari MAS ketika solat jenazahnya di Masjid Putra, Putrajaya, sebentar tadi. – Foto NSTP
1
ALIF Hazim, 2, anak mangsa kru penerbangan pesawat MH17, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, memeluk keranda arwah ibunya sebelum disembahyangkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, hari ini. – Foto Salhani Ibrahim
2
Hati ibu mana yang tidak hiba apabila melihat anak sendiri pergi dahulu sebelumnya. Kesedihan ibu kepada Allahyarham Ahmad Hakimi jelas kelihatan sebelum jenazah tersebut dikebumikan…
3
Waris mangsa tragedi pesawat #MH17 beri penghormatan terakhir di Nirvana Memorial Centre, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur…
4
Solat jenazah Pramugari Dora Shahila di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Al-Fatihah…
5
Isteri kepada pembantu juruterbang, Allahyarham Ahmad Hakimi menyiram air ke atas pusara suami tercinta sambil mendukung satu-satunya putera mereka, Abderrahman…
6
Bapa Allahyarhamah Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin (tengah) dipapah semasa jenazah anak kapal MH17 dibawa ke Masjid Putra untuk disembahyangkan hari ini…
7
Ahli keluarga dua beranak, Ariza Ghazalee dan anaknya, Muhamad Afif Tambi tidak dapat menahan kesedihan ketika pesawat yang membawa pulang jenazah tiba di Kuching…
8
Allahyarham Hamfazlin Sham selamat dikebumikan di Wangsa Maju dan bacaan talqin telah dilakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…
9
Muhriz Marzaidi, 10 tahun, anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa tidak dapat menahan air mata di sisi keranda ibunya. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin….
10
Sebenarnya banyak lagi foto namun hanya ini yang mampu ammboi kongsikan buat masa ini. Sama-samalah kita sedekahlah Al-Fatihah untuk mangsa nahas MH17 yang beragama Islam. Tidak lupa juga takziah untuk ahli keluarga mangsa nahas MH17. Semoga tabah dan diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Insya Allah…

Wanita Mengalami Masalah Ketagihan Onani

Wanita juga boleh melakukan onani, mastubasi atau melancap ini. Malah ada diantara kita yang tidak tahu tindakan yang dilakukan tersebut adalah onani. Antaranya ialah mengosok kemaluan terutamanya kelentit sehingga merasakan kenikmataan. Ia mungkin disebabkan oleh pengaruh video lucah dan mungkin sebab faktor lain seperti pernah dirogol, terlanjur dengan seks luar nikah dan sebagainya.


Berikut adalah antara artikel daripada harian metro berkenaan perkara ini:
Kes Pertama
SAYA berusia 21 tahun, bertudung dan gemar berpakaian sopan. Saya juga seorang yang sangat pemalu, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kaum lelaki.
Masalahnya, saya mempunyai nafsu berahi yang agak kuat dan sering berkhayal mengenai seks malah kadang kala melakukan onani apabila nafsu membuak-buak terutamanya selepas menonton cerita lucah.
Adakah perbuatan saya beronani itu berdosa kerana jika tidak melakukannya saya bimbang akan terjadinya zina.
NUR
Kemaman, Terengganu
jawapan:
Memang ada sebahagian wanita mempunyai nafsu berahi yang luar biasa.
Nasihat bagi wanita mengalami masalah ini ialah segera kahwin, apalagi dalam usia saudari yang sudah dewasa.
Melakukan onani dan menonton filem berahi tidak akan menyelesaikan masalah anda dalam jangka waktu panjang, sebaliknya boleh memudaratkan rahim yang masih dara kerana tangan yang digunakan agak kasar pada bahagian tersebut.
Beronani dan berzina adalah ditegah dalam agama walaupun ada pandangan mengatakan dosa onani lebih ringan berbanding berzina
Kes Kedua
ASSALAMUALAIKUM, Datuk. Saya berumur 20-an dan pernah dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu oleh bapa angkat saya ketika kecil.
Sejak kejadian itu, saya seakan-akan ketagih untuk melakukan hubungan seks. Kadang kala saya beronani kerana tidak tahan melawan nafsu.
Adakah saya berdosa kerana melakukan perkara tersebut dan apakah yang sewajarnya saya lakukan bagi mengelak melakukan onani? Perlukah saya berkahwin?
SUMAYYAH
Jawapan
Allah tidak akan mengharamkan sesuatu perkara melainkan menghalalkan perkara lain sebagai ganti.
Jika berzina dan onani itu dilarang maka yang halal bagi manusia untuk melampiaskan nafsu ialah menerusi perkahwinan.
Jikalau sudah terlanjur melakukan perkara maksiat dan tidak bertaubat, ia akan menjadi satu ketagihan.
Seeloknya melakukan taubat dan memohon ampun daripada Allah. Kemudian carilah lelaki yang baik untuk berkahwin secara halal dan memenuhi sunnah Nabi.
Penuhilah kehidupan dengan aktiviti berguna dan mencari ilmu supaya tidak tersasar.
Hmetro
Kes Ketiga
SAYA remaja berusia awal 20-an dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terkemuka. Tiga tahun lalu, saya pernah terlanjur bersama bekas kekasih dan kini menyesal dan bertaubat bersungguh-sungguh.
Masalahnya, saya masih dihantui keterlanjuran itu serta ia masih bermain di fikiran.
Saya sering membayangkan semula perbuatan itu bersama bekas kekasih hingga mendorong melihat gambar dan video lucah kerana tidak tertahan dengan nafsu hingga menjejaskan ibadat saya termasuk pada bulan puasa.
Saya sering kali memohon ampun dan solat taubat tapi nyata nafsu tetap menguasai diri. Saya juga melakukan onani bagi melampiaskan nafsu tetapi kemudian bertaubat kembali. Perkara ini berulang-ulang hingga menjejaskan pelajaran dan ibadat saya.
Saya banyak membaca al-Quran dan berzikir tetapi perbuatan keji saya hanya berkurangan sedikit namun masih gagal meninggalkan�nya terus. Saya ingin melupakan perkara (membaya�ngkan kembali hubungan seks saya dengan bekas kekasih) dan perbuatan onani ini sepenuhnya.
Bantulah saya yang sangat buntu ini. Saya malu dengan diri sendiri dan juga malu untuk meluahkan masalah di depan ustaz yang tinggal berhampiran.
INGIN BERTAUBAT,
Kuala Lumpur
TAHNIAH Dr ucapkan kepada adik kerana berani berkongsi masalah berkaitan desakan seks tidak terkawal. Dr akui tidak ramai remaja yang berani meluahkan masalah seksual mereka.
Sifat berani berkongsi masalah seksual yang sering dilihat sensitif adalah permulaan kepada satu perubahan. Dalam menyelesaikan sebarang persoalan kehidupan, kesediaan individu mengakui dirinya bermasalah dan inginkan perubahan adalah laluan kepada penyelesaian.
Tidak dinafikan, seks antara keperluan biologikal dan fitrah setiap insan dalam melayari kehidupan masing-masing. Dr faham masalah onani disebabkan fantasi seksual adik. Fantasi seksual sudah lama dilihat sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan seksual atau libido lelaki.
Onani pula antara satu cara memenuhi fantasi seksual. Masalah adik ini juga dialami sesetengah remaja pada peringkat umur adik.
Memang sukar untuk mengawal nafsu pada peringkat umur adik kerana tahap ini adalah proses dan persediaan kepada alam dewasa. Namun ini tidak bermakna adik tidak perlu berterusan berusaha menghentikan perbuatan onani itu.
Dr doakan keinginan dan azam yang kuat untuk berubah akhirnya dapat mengatasi keperluan biologikal serta seksual adik.
Berhenti secara mendadak adalah sukar tetapi adik bertuah kerana mempunyai kesedaran untuk berubah. Teori pembelajaran mengatakan untuk menghapuskan sesuatu tingkah laku perlu mempunyai langkah tertentu dan mengambil masa.
Sebagai manusia biasa, adik mempunyai kekuatan, kelemahan dan limitasi sendiri.
Kekuatan psikologi amat perlu untuk adik menjauhi perbuatan onani selain elakkan mencari bahan lucah seperti menonton video lucah.
Setiap kali idea untuk menonton video lucah datang, katakan pada diri adik, “jangan lakukannya, ia hanya mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.” Beri perhatian kepada perkara lain.
Sebagai pelajar, amat baik jika adik menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Adik perlu meneruskan usaha untuk berubah dengan melakukan amalan positif seperti berzikir, taubat nasuha dan membaca al-Quran.
Salah satu jalan membendung nafsu syahwat dengan berpuasa dan bermuhasabah diri.
Memelihara pancaindera zahir seperti mata, lidah, telinga, deria bau, tangan, kaki dan kemaluan adalah langkah kepada pengurangan serta mengakhiri perbuatan onani adik.
Bagi mengurangkan keinginan nafsu, adik boleh meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah termasuk beriadah dan melakukan aktiviti bersama rakan.
Jika usaha mengurangkan keinginan seks sudah dilaksanakan dengan jihad yang bersungguh-sungguh dan kental tapi syahwat nafsu masih lagi tidak terbendung, jalan lain adalah melalui pernikahan. Itu antara penawarnya.
Setiap manusia tidak lari daripada menghadapi sebarang kesilapan dalam melengkapkan kehidupan ini.
Kesilapan masa lampau adalah pedoman dalam menghadapi masa akan datang. Semoga adik berjaya menghilangkan ketagihan perbuatan onani itu.
Hmetro
Antara cara untuk mengelakkan daripada ketagihan ialah
1. Berpuasa
2. Bersukan
3. Jangan bersendirian
4. Jangan fikirkan tentang perkara yang merangsang keinginan seks.
Ketagihan melampau boleh membuatkan bahagian organ anda mungkin hilang sensitiviti jika melakukan rangsangan kepada klitoris yang melampau. Malah jika mereka yang masih mempunyai selaput dara,melakukan onani seperti memasukkan jari ke dalam faraj akan memecahkan selaput dara tersebut

Popular Posts

ping blog

web stats