FOTO SAYU KELUARGA MANGSA NAHAS PESAWAT MAS MH17

Tidak kira siapa, bukan sahaja ahli keluarga, kita yang tiada hubungan kekeluargaan pun merasa akan kesedihan mereka. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya mampu kita sumbangkan hanyalah doa dan berharap mereka tabah menempuhi dugaan ini setelah kehilangan insan yang mereka sayangi.
Disini ammboi sempat petik beberapa sumber akan foto detik sayu ahli keluarga mangsa nahas MH17 setelah tiba menerusi penerbangan pesawat khas pagi tadi.
SAYU… Abderrahman Ahmad Hakimi Hanapi, 9 bulan, anak lelaki kepada pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, didukung oleh rakan sekerja dari MAS ketika solat jenazahnya di Masjid Putra, Putrajaya, sebentar tadi. – Foto NSTP
1
ALIF Hazim, 2, anak mangsa kru penerbangan pesawat MH17, Hamfazlin Sham Mohamed Arifin, 38, memeluk keranda arwah ibunya sebelum disembahyangkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, hari ini. – Foto Salhani Ibrahim
2
Hati ibu mana yang tidak hiba apabila melihat anak sendiri pergi dahulu sebelumnya. Kesedihan ibu kepada Allahyarham Ahmad Hakimi jelas kelihatan sebelum jenazah tersebut dikebumikan…
3
Waris mangsa tragedi pesawat #MH17 beri penghormatan terakhir di Nirvana Memorial Centre, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur…
4
Solat jenazah Pramugari Dora Shahila di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Al-Fatihah…
5
Isteri kepada pembantu juruterbang, Allahyarham Ahmad Hakimi menyiram air ke atas pusara suami tercinta sambil mendukung satu-satunya putera mereka, Abderrahman…
6
Bapa Allahyarhamah Nur Shazana, Mohamed Salleh Shamsuddin (tengah) dipapah semasa jenazah anak kapal MH17 dibawa ke Masjid Putra untuk disembahyangkan hari ini…
7
Ahli keluarga dua beranak, Ariza Ghazalee dan anaknya, Muhamad Afif Tambi tidak dapat menahan kesedihan ketika pesawat yang membawa pulang jenazah tiba di Kuching…
8
Allahyarham Hamfazlin Sham selamat dikebumikan di Wangsa Maju dan bacaan talqin telah dilakukan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…
9
Muhriz Marzaidi, 10 tahun, anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustaffa tidak dapat menahan air mata di sisi keranda ibunya. Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin….
10
Sebenarnya banyak lagi foto namun hanya ini yang mampu ammboi kongsikan buat masa ini. Sama-samalah kita sedekahlah Al-Fatihah untuk mangsa nahas MH17 yang beragama Islam. Tidak lupa juga takziah untuk ahli keluarga mangsa nahas MH17. Semoga tabah dan diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini. Insya Allah…

Popular Posts

ping blog

web stats