2 Model 'bogel' Di Ipoh Mengaku Bersalah

Dua model separuh bogel di Ipoh mengaku salah

  
Dua orang model mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.

Laporan Berita Harian menyebut, tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21. Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.

Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Sementara itu, laporan Sinar Harian pula menyebut pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum mengikut Seksyen 290 undang-undang sama.

Popular Posts

ping blog

web stats