Menjerit Buah dada Diramas



Ampang: Seorang gadis tergamam apabila tiba-tiba dipeluk sebelum payudaranya diramas penunggang motosikal ketika mangsa berjalan bersendirian menuju ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Indah, di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi kelmarin, mangsa menjerit meminta tolong apabila lelaki gila seks terbabit enggan melepaskannya.Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa berusia 20-an dihampiri lelaki yang menunggang motosikal berhampiran lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek memberhentikan motosikal ditunggang sebelum menghalang mangsa.“Gadis itu yang ketakutan cuba melarikan diri ke stesen LRT yang terletak 100 meter dari kawasan itu.

“Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suspek terus memeluknya sebelum meramas payudara dan mahu mencabulnya,” katanya.

Popular Posts

ping blog

web stats