Cari teman ranjang
Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, dikesan mendaftar dalam sebuah laman sosial antarabangsa semata-mata untuk mencari kenalan baru yang boleh dijadikan teman ranjang.
Pemantauan Metro Ahad lebih tiga bulan mendapati, mereka dalam lingkungan usia 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.
Wartawan yang membuat penyiasatan dengan mendaftar sebagai ahli mendapati, lebih 564,576 lelaki dan 26,647 wanita mencari pasangan berlainan jenis sebagai teman ranjang, manakala selebihnya membabitkan kumpulan pondan, gay dan lesbian serta kumpulan individu yang berminat menyertai aktiviti seks secara berkumpulan.
Lebih teruk, ada antara mereka mengakui sudah berumah tangga tetapi mahukan layanan seks daripada pasangan yang jauh lebih muda.
Selain itu, ada ahli daripada pasangan kekasih dan pasangan berkahwin yang turut mendaftar dengan tujuan mahu bertukar-tukar pasangan serta mencari pasangan bagi aktiviti seks liar.
Pemantauan mendapati, kebanyakan individu terbabit tanpa rasa segan turut meletakkan gambar serta video bogel ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan yang diambil dan dimuat turun sendiri bagi menarik minat ahli lain.
Ada antaranya turut menggunakan kemudahan itu dengan menawarkan khidmat seks ‘suka sama suka’ dan secara berbayar.
Dipercayai sudah lama menjadi tumpuan, ada ahli turut menubuhkan kumpulan tertentu dalam laman sosial itu bagi memudahkan carian pasangan yang diingini, selain menjadi tempat mengemas kini maklumat, terutama membabitkan aktiviti penganjuran parti secara beramai-ramai.
Untuk menghubungi individu berkenaan juga sangat mudah berikutan sesiapa saja boleh menghantar mesej di profil individu, selain menghubungi nombor telefon bimbit ditinggalkan ahli.
Popular Posts
-
Ceritanya bermula bila aku menumpang di rumah kawan aku yang sudah berkahwin. Bini dia tu tuhan sajalah yang tahu, “Comel Gila Punya”. B...
-
“Ibu mana yang tak sayang anak, walaupun dia dilahirkan tanpa diminta, pengalaman mengandung dan melahirkannya selepas ‘bersama’ selam...
-
Pengakuan Berani Guru Lakukan Hubungan Intim Setiap Malam Untuk Kekal Cergas-Rajin membaca,suka berbincang secara intelektual dengan ister...
-
Kisah pertama.. Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan,...
-
Gambar hiasan GEORGETOWN: Seorang anggota polis wanita membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didak...