GADIS KETAGIH PORNO SELEPAS TONTON VCD

Saya gadis berumur 19 tahun dan mengalami masalah ketagihan pornografi. Saya mula terjebak ketika usia 14 tahun. Mulanya saya menonton kerana abang yang ketika itu berusia 20 tahun memiliki cakera padat (CD) lucah.

Saya pernah mengintai abang yang asyik menonton bersama rakannya. Saya kemudian mencuri satu CD dan menontonnya di bilik.

Saya rasa teruja dan asyik sewaktu menontonnya. Ia menyebabkan saya terus mencari bahan itu di kedai cetak rompak.

Biarpun ketagihan terhadap bahan ini, saya tidak pernah membiarkan diri hanyut dalam dosa zina. Di sekolah mahupun kini kolej, saya gadis baik tetapi ada hobi pelik.

Saya malu dengan dosa ini tetapi sukar meninggalkannya. Apabila saya tidak melayan video lucah, saya jadi gelisah sehingga sukar tidur.

Popular Posts

ping blog

web stats